Arbain Husaini

IQNA

tanda nama
Bersama Al-Quran di jalan menuju Syurga
IQNA - Seyyed Mustafa Huseini «سیدمصطفی حسینی»; Qari antarabangsa dan ahli Karavan Al-Quran Arbain, membacakan ayat-ayat akhir "Surah Fajr" «سوره فجر» untuk penonton di Kem kerakyatan Al-Quran Arbain. Beliau menyifatkan bacaan di laluan berjalan Arbain sebagai meniru langkah dan tingkah laku Imam Hussein (AS).
Berita ID: 3106888   Terbitkan Tarikh : 2025/08/19

Iskandar Momeni:
IQNA - Menteri Dalam Negeri dalam satu kenyataan sambil mengucapkan terima kasih kepada rakyat serta pihak yang terlibat dalam urusan Arba‘in menegaskan: layanan penuh penghormatan kerajaan dan rakyat Iraq telah memberikan makna menyeluruh kepada slogan “Hubbul-Husain Yajma‘una” «حب الحسین یجمعنا» (Cinta kepada Imam Husain menyatukan kita).
Berita ID: 3106884   Terbitkan Tarikh : 2025/08/18

IQNA - Apabila rekod-rekod remeh dicatat dalam Buku Rekod Dunia Guinness, namun perhimpunan aman terbesar dalam sejarah dengan 20 juta peserta diketepikan, timbul persoalan besar tentang kejujuran penyampaian berita di peringkat global - persoalan yang setiap tahun dihidupkan semula dengan keagungan sambutan Arba’in.
Berita ID: 3106872   Terbitkan Tarikh : 2025/08/15

IQNA - Teaser bagi Anugerah Global Arbaeen kali ke-11 serta seruan penyertaan untuk menghantar karya seni dan sastera bertemakan Arbaeen telah diterbitkan oleh Organisasi Kebudayaan dan Perhubungan Islam.
Berita ID: 3106867   Terbitkan Tarikh : 2025/08/13

IQNA - Jawatankuasa Tertinggi Penyelarasan Ziarah Jutaan Iraq menegaskan bahawa sehingga kini tiada sebarang pelanggaran keselamatan direkodkan. Sementara itu, Lapangan Terbang Najaf al-Ashraf pada Isnin mengumumkan bahawa sejak awal bulan Safar, seramai 127,000 penumpang telah memasuki wilayah ini untuk menghadiri majlis Arbain Imam Hussein A.S.
Berita ID: 3106862   Terbitkan Tarikh : 2025/08/12

IQNA - Para pakar khas rancangan televisyen Mahfel akan mengadakan majlis al-Quran di pelbagai khemah (maukib) sepanjang laluan pejalan kaki Arbaeen dari hari Isnin hingga Rabu minggu ini.
Berita ID: 3106860   Terbitkan Tarikh : 2025/08/12

IQNA - Unit Media di Perkarangan Suci al-‘Abbas mengumumkan bahawa program khas Ziarah Arba’in akan disiarkan secara langsung di lebih daripada 80 saluran satelit.
Berita ID: 3106859   Terbitkan Tarikh : 2025/08/12

IQNA - Semasa lawatan Pegawai Haji dan Ziarah ke Karbala Al-Mu'alla dan laluan pejalan kaki Mashaa'ir, Wakil Wali Faqih dalam urusan Haji dan Ziarah, Hojjat-ol-Islam Seyed Abdol Fattah Navab «حجت‌الاسلام والمسلمین سید عبدالفتاح نواب», bersama Ketua Organisasi Haji dan Ziarah Iran, telah melaksanakan lawatan lapangan yang luas dengan tujuan menilai dengan dekat perkhidmatan kebudayaan, kebajikan dan perubatan kepada para jemaah.
Berita ID: 3106854   Terbitkan Tarikh : 2025/08/11

IQNA - Majlis berkabung dan pengisian ilmu diadakan setiap malam dengan ceramah Hujjatul Islam wal Muslimin Khazri dan qasidah oleh Hassan Shalbaghan di khemah Al-Quran terbesar sepanjang laluan pejalan kaki Arbaeen di tiang nombor 706.
Berita ID: 3106852   Terbitkan Tarikh : 2025/08/11

IQNA - Pengenalan kepada falsafah kebangkitan Aba Abdillah (a.s.) « اﺑﺎﻋﺒﺪاﷲ(ع)», mewujudkan semangat minat dan keyakinan diri terhadap pelaksanaan gerakan sosial berteraskan Al-Quran, mengukuhkan dan mengembangkan wacana Al-Quran di barisan perlawanan, membentuk roh ketahanan dan keteguhan, pengorbanan serta keikhlasan, dan pengalaman kerja berkumpulan serta berorganisasi merupakan antara objektif perjalanan pasukan nasional qari remaja Uswah.
Berita ID: 3106851   Terbitkan Tarikh : 2025/08/11

Rancangan khas Allah SWT;
IQNA - Imam Ja'far al-Sadiq (a.s) bertanya kepada salah seorang sahabatnya: "Berapa kali kamu telah menunaikan haji?" Dia menjawab: "Sebanyak sembilan belas kali." Lalu Imam bersabda: "Sempurnakanlah ia menjadi dua puluh kali haji, agar kamu memperoleh ganjaran seperti satu kali menziarahi Husain (a.s)." [KR; Kāmil al-Ziyārāt «کامل الزیارات», hlm. 162].
Berita ID: 3106818   Terbitkan Tarikh : 2025/08/04

IQNA - Ketua Eksekutif aplikasi Mofid mengumumkan pelancaran perkhidmatan tempahan dalam talian bagi penginapan percuma khusus untuk para jemaah Arba'in Imam Hussain (a.s) di Iraq.
Berita ID: 3106811   Terbitkan Tarikh : 2025/08/02

IQNA - Menteri Komunikasi Iraq dan Ketua Persatuan Bulan Sabit Merah Iran mengadakan pertemuan bagi membincangkan mekanisme penyediaan internet kepada jemaah Arba'in di lintasan sempadan dan sepanjang laluan menuju ke Karbala.
Berita ID: 3106807   Terbitkan Tarikh : 2025/08/01

Mehdi Qorbani-Karam:
IQNA - Ketua Jawatankuasa Markas Rakyat Arba'in Wilayah Qom, Mehdi Qorbani-Karam «مهدی قربانی‌کرم», menyatakan bahawa hasil usaha membudayakan semangat khidmat di kalangan penduduk Qom, setiap warga kota ini kini menganggap dirinya sebagai khadim (pelayan) kepada para penziarah Arba'in Imam Husain (a.s.). Oleh itu, Qom kini bersedia untuk menyambut 500,000 jemaah, sama ada dari dalam atau luar negara.
Berita ID: 3106786   Terbitkan Tarikh : 2025/07/28

IQNA - Kumpulan perarakan berkabung "Bani ‘Amir" «بنی عامر», yang dianggap sebagai salah satu kumpulan azadari (berkabung) terbesar di Iraq, telah memulakan perjalanannya dari Basrah menuju ke Karbala bersempena kedatangan Arba‘in al-Hussaini «اربعین حسینی».
Berita ID: 3106783   Terbitkan Tarikh : 2025/07/28

Gambar;
IQNA - Serentak dengan tibanya hari Arbain Husseini, upacara pelepasan konvoi bantuan dan penyelamat serta latihan khusus Bulan Sabit Merah telah diadakan dengan kehadiran sekumpulan pegawai pertubuhan ini.
Berita ID: 3106775   Terbitkan Tarikh : 2025/07/27

IQNA - Abdul-Amir al-Shammari «عبدالامیر الشمری»; Menteri Dalam Negeri Iraq merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Ziarah Berskala Besar, mengumumkan kesediaan pelaksanaan rancangan khas bagi Ziarah Arbaeen Imam Hussain (a.s.).
Berita ID: 3106762   Terbitkan Tarikh : 2025/07/24

IQNA - Perarakan pejalan kaki Arbain Imam Hussain (a.s) «اربعین حسینی ۱۴۴۷ هجری» bagi tahun 1447 Hijrah telah bermula dari kawasan Ras al-Bisheh «رأس البیشه» di wilayah Faw «فاو», iaitu kawasan paling selatan dan terpencil di Iraq menuju ke Karbala.
Berita ID: 3106712   Terbitkan Tarikh : 2025/07/14

Pameran Al-Quran Tehran
IQNA - "Al-Quran "Buah Ziarah Arbain Imam Husain (AS)" " «ثمرة الأربعین بأنامل الزائرین» (manuskrip Al-Quran tulisan tangan jemaah ziarah Arbain Iamam husain (AS)) telah dipamerkan di hadapan umum di pavilion Perhimpunan Saintifik Al-Quran yang bergabung dengan Makam Suci Hazrat Abul Fadzlil Abas (as) di bahagian antarabangsa Pameran Al-Quran Tehran.
Berita ID: 3106072   Terbitkan Tarikh : 2025/03/12

IQNA - Dalam mesej, Ayatullah Khamenei (HF) melahirkan rasa terima kasihnya kerana menjadi tuan rumah perarakan perkhidmatan oleh bangsa besar Iraq semasa Arbain Husaini.
Berita ID: 3105080   Terbitkan Tarikh : 2024/09/11